Leave a comment

Ustaz Muhamed Yusof : Perwira Warisan Islam

cover album betul2

Latar Belakang

Tanggal malam selasa 21 jumadil Awwal 1349 H bersamaan 13 oktober 1930, lahirlah seorang insan di kg. Anak Temseu (Tembesu), Tawang, Bachok, Kelantan yang diberi nama Mohammed Yusof Bin Abu Bakar.

Bapanya bernama Abu Bakar bin Haji Ismail, berasal dari kampong Pasir To` Kambing, Sering, Kota Bharu. Bertugas sebagai Penggawa Daerah Mentuan (Tawang) Bachok. Sementara Ibunya bernama Aminah binti Ismail, berasal dari Kg Tok Belian, Mentuan (Tawang) Bachok.

Mempelajari Seni Khat

Beliau mula meminati bidang seni khat semenjak di bangku Mahaad Muhammadi lagi. Pada ketika itu, mata pelajaran seni khat adalah subjek wajib. Antara guru beliau waktu itu ialah Ustaz Haji Wan Salleh Fathi Wan Esa, Ustaz Hashim Ismail dan Ustaz Nik Abdul Rahman Nik Muhammad.

Di Madrasah al-Falah, Makkah, seni khat dijadikan mata pelajaran wajib dan gurunya ialah Ustaz Mahmud Fatani. Manakal di al-Maahad al-Ilmi as-Saudi, beliau belajar dengan Ustaz Mohamed Hilmi dan Ustaz Abdul Salam Silmi. Semasa di Makkah, beliau pernah mendampingi Muhammad Tahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki al-Khattat yang terkenal pada masa itu.

Semasa di Mesir, beliau mendalami minatnya melalui penelitian dan latihan terhadap conto-contoh kara yang dihasilkan oleh penulis-penulis khat yang terkenal pada masa itu di Mesir, disamping menyalin tajuk-tajuk berita dan iklan-iklan di akhbar yang ditulis dalam tulisan khat.

Sekembali ke tanah air, banyan pengalaman dan kemajuan yang beliau raih dalam bidang seni khat terutama ketika menjadi pensyarah di Kolej Islam Malaya, Kelang / Petaling Jaya. Beliau berkemahiran dalam bidang penulisan seni khat gaya Nasakh, Riq`ah, Thuluth, Diwani, Kufi, Ijazah, Jali Diwani dan Nasta`liq.

Sumbangan dalam bidang khat

Pameran :

Kebangsaan

  •  Pameran Formalisa Tampak dalam seni khat dan seni tampak Malaysia anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Balai Seni Lukis Negara dan Universiti Teknologi Mara di Galeri Kris Masn, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (15-31 Disember 2003)
  •  Pameran Gabungan Kaligrafi dan Kebudayaan Antarabangsa di Balai Seni Lukis Negara (4-13 Jun 2005)
  •  Pameran Tulisan Jawi di Jabatan Muzium dan Antikuiti keKKWA (6 Mac-5 April 2006)

·        Disamping beberapa pameran lain anjuran Pusat Islam, Institusi pendidikan, Muzium-muzim, dan Galeri-galeri.

Antarabangsa

  • Mahrajan (festival) Seni Khat dan Ragam Hias Islam Antarabangsa, Baghdad (1988)
  • Pameran Seni Kontemporari Islam, Singapura (1992)
  • Mahrajan Seni Khat, Tehran (1996)
  • Mahrajan Kazimah ke 2 (Warisan Islam), Kuwait (1997)

 

Berdasarkan kemahiran dan kepakaran beliau, beliau seing dijemput menjadi hakim dalam pertandingan seni khat, antaranya :

48104_421233627962782_1077249913_n

  • Pertandingan Seni Khat Antarabangsa IRCICA ( atas nama Hamid al-Hamidi), Turki (1986)
  • Peraduan Menulis Khat ASEAN dwi tahunan anjuran Kerajaan Brunei Darussalam (1987-2002)
  •  Pertandingan Seni Khat Seramik Peringkat Kebangsaan anjuran PKENJ johor (1995)
  • Ahli Panel penilai Hadiah Yayasan Kuwait bagi kemajuan Sains (seni Khat) anjuran kerajaan    Kuwait (1998)
  • Pengerusi Jemaah Hakim Manifestasi Perdana Seni Khat (1990, 2001, dan 2003)
  • Pertandingan Lestari Jawi dan Khat (2005)
  •  Disamping beberapa pertandingan lain.

Beliau juga banyak membentangkan kertas kertas dan buku-buku yang membincangkan bidan seni khat di Malaysia, hinggakan beliau banyak menjawat jawatan dan menjadi panel, antaranya :

·        1989-sekarang, Yang dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan (P.S.K.K)

·        1997-1999, Konsultan Bahagian Seni Khat Al-Quran Mushaf Malaysian, Yayasan Restu Kompleks Taman Islam Selangor.

Karya-karya Agung beliau

·        Menyediakan ayat-ayat Al-Qur`an dalam bentuk khat untuk beberapa buag masjid ternama di Malaysia :

1.     Masjid Taqwa TTDI (1990)

2.     Masjid Negara (1990)

3.     Masjid as-Syakirin Bintulu Sarawak (1992)

4.     Masjid Wilayah persekutuan, Kuala Lumpur (1998)

5.     Menyelia ukiran khat Masjid Putra, Putrajaya (2002)

6.     Masjid Sultan Miazn, Putrajaya (2009)

Karya-karya ternama

  •  Penulis Khat di dalam logo `Halal Malaysia`      logo20halal-266212424_std1[1]
  •  Penulis Khat `Univesiti Malaya`
  • Penulis Khat Dinar Emas
  • Dan banyak lagi karya-karya beliau

 

Anugerah

Diatas jasa dan usahanya, beliau telah dianugerah pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1983.

Harapan

Di samping kerendahan hati yang dimilikinya, beliau mempunyai cita-cita yang amat tinggi, iaitu ingin melihat penulisan seni khat di Malaysia terus maju dan para penulisnya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penulis khat tersohor di seluruh dunia. Karya penulis tempatn standing dengan karya khat yang dihasilkan di peringkat antarabangsa, semoga permata yang tersembunyi sinarnya ini akan terus memberi sinar kepada generasi muda.

[Chat with Us]

Leave a comment

Syeikh Sa’id Hawwa: Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

sheikh_said_hawa-Syeikh Sa’id Hawwa

Syeikh Sa’id Hawwa adalah tokoh yang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti perkembangan gerakan Islam semasa. Beliau merupakan seorang tokoh dan ikon dalam gerakan Ikhwan Muslimin.

  • Nama sebenar: Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa.
  • Dilahirkan dikota Hamat, Syria pada tahun 1935 Masihi.
  • Penglibatan beliau dengan gerakan Ikhwan bermula sejak tahun 1952 iaitu ketika berada di Sekolah Menengah.
  • Pada Tahun 1963, beliau telah menamatkan pengajiannya di Universiti Syria.
  • Antara guru yang pernah mengajar beliau adalah Syeikh Muhammad al-Hamid, Syeikh Muhammad al-Hasyimi, Syeikh Dr. Mustafa as-Siba’ie, Dr. Mustafa az-Zarqa dan ramai lagi.
  • Pada tahun 1973, Syeikh Sa’id Hawwa pernah dipenjarakan selama tempoh 5 tahun (sehingga 1978).
  • Semasa berada di dalam penjara, beliau telah memanfaatkan masa yang ada menulis tafsirnya yang terkenal iaitu kitab ‘al-Asas fi al-Tafsir’ sejumlah 11 jilid.
  • Syeikh Sa’id telah mengahasilkan banyak kerya penulisan yang menjadi rujukan kaum muslimin khususnya aktivis-aktivis Harakah Islamiyyah.
  • Antara karya-karya yang beliau hasilkan adalah;

1. Allah Jalla Jalaluhu

2. Ar-Rasul

3. Al-Islam (4 jilid)

4. Al-Asas Fi al-Sunnah

5. Tarbiyyatuna ar-Ruhiyyah

6. Jundullah  Saqafatan Wa Akhlaqan

7. Fi Afaqi at-Ta’alim

8. Fusul Fi al-Imrati Wa al-Amir

9. Hazihi Tajribati, Hazihi Syahadati

10. Al-Mukhtakhlas Fi Tazkiyati al-Anfus

  • Antara sifat peribadi Syeikh Sa’id Hawwa yang menyebabkan beliau disegani rakan-rakan serta ulama-ulama sezaman dengannya ialah kezuhudan dan kewarakannya.
  • Pada tahun 1987, beliau diserang penyakit lumpuh sebahahgian badan sehingga memaksa beliau untuk dimasukkan ke dalam hospital.
  • Pada hari khamis tanggal 9 Mac 1989, Syeikh Sa’id Hawwa kembali ke rahmatullah di Hospital Islam Amman, Jordan.
  • Almarhum meninggalkan seorang balu iaitu Ummu Muhammad serta 3 anak lelaki iaitu Muhammad, Ahmad dan Mu’az dan seorang anak perempuan iaitu Fatimah.

~Rujukan; Ustaz Ridhuan Mohamad Nor

[Chat with Us]

Leave a comment

Imam al-Ghazali: Penjana Pemikiran Islam

58al-ghazaliPortret Imam al-Ghazali

  • Imam al-Ghazali r.a adalah di antara tokoh pemikir Islam yang ulung dan telah mendapat gelaran gelaran di kalangan kaum Muslimin sebagai “Hujjatul Islam”.
  • Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Beliau dilahirkan di kawasan ‘Thus’, sebuah bandar yang berada di utara Iran pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
  • Beliau telah meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga yang berkeadaan miskin tetapi kuat beragama.

Rehlah Ilmiah

  • Semenjak usia kanak -kanak lagi , Imam al-Ghazali telah mempelajari ilmu kalam dan fiqh.
  • Pada mulanya, Imam al-Ghazali belajar di kampungnya dengan seorang ulama yang bernama Syeikh Ahmad ArRazakani.
  • Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Jurjan dan berguru dengan Syeikh Abu Nasir al-Ismaili.
  • Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Naisabur dibawah bimbingan seorang ulama yang terkenal pada masa itu iaitu Imam al-Juwayni yang dikenali dengan gelaran Imam al-Haramain.
  • Oleh kerana kesungguhannya dan kebijaksanaan al-Ghazali, Imam al-Haramain telah member gelaran ‘Bahrun Muqhdaq’ yang bermaksud ‘Lautan luas yang tidak bertepi’.

Mula Berkhidmat

  • Apabila Imam al-Haramain meninggal dunia  pada tahun 478 hijrah, Imam al-Ghazali telah pergi ke Muaskar dan bertemu dengan al-Wazir (Menteri) Nizam al-Malik yang banyak menaruh minat terhadap ilmu dan para ulama.
  • Setelah al-Wazir Nizam al-Malik mengetahui akan kebolehan Imam Ghazali, beliau terus melantik al-Ghazali sebagai tenaga pengajar di Madrasah al-Nizhamiyah di Baghdad, sedangkan al-Ghazali pada ketika itu baru berusia 34 tahun.
  • Pencapaian ini merupakan satu kedudukan yang tinggi yang belum pernah dicapai oleh mana-mana ulama seusia dengannya.
  • Dalam masa beliau berkhidmat di al-Nizhamiyah, beliau telah mengarang beberapa kitab yang berkaitan dengan teologi Islam dan Falsafah.
  • Dari masa ke semasa, kedudukan beliau bertambah kuat dan pengaruhnya bertambah luas sehingga penghormatan yang diberikan kepada beliau lebih tinggi berbanding penghormatan yang diberikan kepada al-Nizhamiyah. Beliau telah berkhidmat di al-Nizhamiyyah lebih kurang selama 10 tahun.

Kitab ‘Ihya Ulumiddin’

  • Setelah berkhidmat dengan bersungguh-sungguh di al-Nizhamiyyah, timbul di hati al-Ghazali satu keinginan yang amat mendesak untuk meninggalkan kedudukannya yang tinggi itu.
  • Sehinggakan akhirnya, beliau telah mengambil keputusan untuk beruzlah dan memberikan penumpuan kepada diri sendiri.
  • Beliau telah keluar daripada Baghdad, meninggalkan segala kekayaan dan kemewahan hidup, melazimi gaya kehidupan orang sufi.
  • Beliau pada mulanya pergi ke kota Damascus, sebuah Bandar di negeri Syam dan beruzlah di sana lebih kurang selama 2 tahun.
  • Seterusnya beliau telah melaksanakan ibadah haji di Makkah al-Mukarramah dan menziarahi Madinah al-Munawwarah serta bandar al-Quds. Setelah itu, beliau kembali semula ke Syam dan meneruskan kehidupan di Masjid al-Jami’ al-Umawi.
  • Di saat inilah, beliau mengarang kita Ihya Ulumiddin.

Akhir Hayat

  • Imam al-Ghazali sempat dipelawa untuk mencurahkan ilmunya di Madrasah al-Nizhamiyah Naisabur.
  • Tidak lama selepas itu, akibat daripada kekacauan politik yang berlaku, al-Ghazali telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Thus dan mengajar di sana. Pada tahu 505 hijrah, Imam al-Ghazali telah dipanggil menghadap Ilahi.
  • Beliau telah di makamkan di Thabran, Thus.

Karya-Karya Imam al-Ghazali

أحياء-علوم-الدين-للغزاليal ghazali

Antara kitab karangan Imam Abu hamid al-Gahazali mengikut bidang ialah:

Akidah;

Al-Iqtisod fil-I’tiqad

 Al-Maqshad Al-Asna Fi Syarhi Asma Allah Al-Husna

Usul Fiqh;   

Al-Mustashfa Min Ilmi al-Ushul

Mantik;

Mi’yar al’Ilmi
Al-Qisthas Al-Mustaqim

Al-Munqidzu Min ad-Dholal

Falsafah;

Tahafut al-Falasifah


Tasauf;

Ihya` Ulum al-din
Minhaj al-Abidin

Bidayatul hidayah

Begitulah…riwayat hidup Imam al-Ghazali, seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan dari segi ilmu dan beliau juga adalah sangat terkenal sehingga sekarang.

[Chat with Us]

Leave a comment

Perginya Sebutir Mutiara Islam : Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady.

 

Memetik sepotong Hadis Rasulullah s.a.w :

Daripada Abu Darda’ R.A., Nabi s.a.w. bersabda :”Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna”.

Pada tanggal 25 Mac 2013, kita dikejutkan dengan berita pemergian Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Sebelum ini, kita menerima berita pemergian Syeikh Ramadhan Al-Buthi, dan selepas itu pemergian Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Seorang demi seorang mutiara Islam telah dijemput Ilahi.

Beliau merupakan seorang ilmuan atau ulama terkenal Negara kita. Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur, Al-Fatihah buat beliau. Kehilangannya sangat dirasai oleh kita semua.

Allahyarham dilahirkan di Kg. Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Februari 1943, dan pada 25 Mac 2013 beliau telah menhempuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah…

Pendidikan Allahyarham Dr Muhammad Uthman El-Muhammady :

  • Pendidikan awal di sekolah Melayu sebelum memasuki Special Malay Class (1943) di Sek. Sultan Ismail hingga Tingkatan 5.
  •  Mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abd Hamid, Kedah
  •  1963 : beliau memasuki Universiti Malaya dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam (1966). Kemudian menjadi tutor & mendapat M.A. (1969)
  •  Allahyarham meneruskan pengajaran di Pengajian Islam UM hingga tahun 1973.
  •  Kemudian, beliau pulang ke Kelantan dan menumpukan sepenuh masa sebagai penulis dan pendakwah bebas.
  •  1995 : beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh USM kerana usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam & dakwah.
  •  Selepas itu, menerima gelaran ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D) di UUM
  •  Beliau meneruskan penulisaanya dan tugas sebaagi pendakwah bebas sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau sebelum pemergiannya adalah sebagai Felo Amat Utama Akademik ISTAC di UIA, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Karyawan juga sebagai Pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Tentang Beliau :

  • Beliau adalah seorang ilmuan yang hebat, mempunyai kesabaran, adab dan akhlak terhadap ilmu pengetahuan amat tinggi. Beliau juga boleh membaca, menulis dan bertutur dalam 3 bahasa.
  •  Sepanjang 70 tahun hayatnya, Dr Uthman sangat produktif. Ini kerana beliau telah menghasilkan banyak buku agama, akademi, ratusan kertas kerja dan artikel serta terjemahan Al-Quran.
  •  Allahyarham juga mengetahui, memahami dan mempertahankan nilai & kehidupan Melayu-Islam Nusantara yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  •  Beliau juga turut mempertahankan institusi pondok dan mufti
  • Selain itu, beliau melawan hujah orientalis Barat, termasuk falsafah agama John Hicks yang membawa aliran pluralism.
  • Allahyarham juga minat dalam kajian bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat, pemikiran semasa & pandangan Islam tentangnya dan akidah sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya.

Begitulah antara sumbangan beliau kepada Islam sebelum pergi bertemu Penciptanya. Allah telah meminjamkan beliau kepada kita dan selepas itu Dia akan mengambilnya semula. Semoga kita semua terus mengkaji dan mempelajari setiap kehebatan khazanah ilmu Allahyarham, seorang ulama dan ilmuwan tersohor ini.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kehadrat Allah SWT semoga mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan para Syuhada, Solihin, Sahabat dan Anbiya’. Semoga damai dan tenang beliau disana..Amin.. Al-Fatihah……….

 

By : Cik Erin Alias

[Chat with Us]

Leave a comment

Ustaz Muhamed Yusof Abu Bakar: Perwira Warisan Islam

Ustaz Muhamed Yusof merupakan seorang tokoh yang memberi sumbangan yang banyak dalam bidang seni Khat

 

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Ustaz Abu Bakar…boleh ke laman utama kami atau search sidebar kami….

 


Leave a comment

Sayyid Qutb: Pejuang yang Hebat

Berjuang walaupun sering dipenjara

Berjuang walaupun sering dipenjara

 

Mari kita sama-sama membaca riwayat hidup Sa’id Qutb secara ringkas untuk menambah ilmu tentangnya secara pintas lalu….

  • Nama penuhnya: Sayyid Qutb bin Ibrahim dan beliau lahir di Musyah, Asiyuth, pada 19 Oktober 1906.
  • Beliau telah mendapat pendidikan Islam sejak kecil lagi oleh ayahnya dan hasilnya Sayyid Qutb berjaya menghafal seluruh al-Quran sebelum umurnya meningkat 10 tahun.
  • Pada 1912M, Sayyid Qutb telah dihantar ke Madrasah Ibtidaiyah dan telah habis pengajiannya di sana pada 1918M.
  • Pada 1920M, beliau telah melanjutkan pelajarannya di sekolah menengah di Kairo, kemudian ke Madrasah Muallimin Al-Awaliyah pada 1922M.
  • Seterusnya pada 1925M beliau menyambung pendidikannya ke sekolah persiapan Darul Ulum dan beliau berjaya ke Universiti Darul Ulum pada 1924M serta lulus dengan cemerlang dalam bidang sastera pada 1933M.

    Sayyid Qutb

    Sayyid Qutb (Photo credit: Wikipedia)

  •  Pada 1951M, beliau telah bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan sering menyeru kepada penerapan syariat Islam dalam kehidupan setiap umat Islam.
  • Pada 1955M, Sayyid Qutb bersama dengan beberapa anggota Ikhwanul Muslimin telah ditangkap selama 9 tahun atas tuduhan bahawa mereka terlibat dalam menjatuhkan pemerintahan Jamal Abdul Nashir.
  • Pada 1964, beliau telah dibebaskan dan selepas setahun berlalu, beliau dipenjarakan kembali dan mati kerana dihukum gantung pada 13 Jamadil Awwal 1386 bersamaan dengan 26 Ogos 1966.[1]

 

Jika Dilihat daripada riwayat Kehidupan Sayyid al-Qutb, dapat dilihat bahawa kehidupannya banyak dihabiskan di penjara kerana banyak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya…Namun begitu semangatnya untuk menyampaikan risalah Islam tidak terputus…Walaupun hidupnya tersekat di penjara, beliau tidak hanya duduk diam, tapi beliau banyak menulis…Pada waktu malam, beliau akan menulis ketika tiada orang melihatnya…Banyak bukunya adalah hasil tulisan daripada penjara…


[1] Herry Mohammad, DKK. Tokoh-tokoh Islam yang berpengaruh abad 20. 2006. Hlm 296.

[Chat with Us]

Leave a comment

Hassan al-Banna: Keterlibatannya dalam Dakwah Sewaktu Muda

Pengasas Ikhwanul Muslim

Pengasas Ikhwanul Muslimin

Kata-kata Hassan Al-Banna

ukhuwwah ialah hati dan jiwa yang ditautkan dengan aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman manakala perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan dan tiada kesatuan tanpa kasih-sayang. Saudara Islam sebenar memandang saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri.”[1]

Pada sesiapa yang tidak mengenali Hassan al-Banna, beliau merupakan seorang mujadid Islam yang telah mengasaskan Ikhwanul Muslimin iaitu satu gerakan Islam yang berkembang dengan pesatnya dan tersebar luas di negara-negara Arab dan juga di luar negara

Melihat kepada latarbelakang Hassan al-Banna secara ringkasnya:

  • Beliau lahir pada Oktober 1906 di daerah Buhaira yang terletak disebuah Bandar kecil di Mahmudiyyah.
  • Beliau merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
  • Bapanya ialah Sheikh Ahmad ‘Abdul Rahman al-Banna al-Sa’ati[2] yang merupakan seorang muazin, imam dan guru di masjid.
  • Bapanya merupakan seorang pelajar keluaran Universiti Azhar yang banyak mengarang kitab-kitab tentang hadith

Jika dilihat ayahnya seorang yang hebat maka anaknya juga tidak kurang hebatnya. Keluarganya yang berlatarbelakangkan Islam yang kuat telah mendorongnya untuk menjadi seorang muslim yang hebat.

Saya sangat mengkagmi Hassan al-Banna kerana pada usianya yang muda lagi, beliau telah aktif bergiat dalam aktiviti dakwah:

  •  Pada usianya 8 tahun beliau secara rasmi menuntut ilmu di sekolah kuttab di bawah Sheikh Muhammad Zahran
  • Pada usianya 12 tahun beliau memasuki sekolah rendah dan telah menceburi dalam beberapa persatuan:

a) Persatuan akhlak dan Moral : aktiviti dalam sekolah

b) Persatuan Mencegah Kemungkaran : antara aktiviti yang dilakukan ialah menghantar surat-surat secara rahsia kepada sesiapa yang melanggar syariat Islam

c)  Persatuan Hasafiyyah:

1.  Di sini beliau telah berkecimpung dengan kesufian dan beliau telah mengamalkan   zikir-zikir      Hasafiyyah.

2.   Beliau berjuang untuk menghidupkan akhlak dan moral Islam

3.   Beliau menentang dakyah-dakyah kristian

  • ·Pada usianya 13 tahun beliau telah menjadi setiausaha Persatuan Hasafiyyah yang diketuai oleh Ahmad al-Sukkari.
  • Pada akhir tahun pendidikannya di sekolah rendah, berlaku Revolusi 1919 iaitu penjajahan British ke Mesir. Beliau juga bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam:

a)   Demonstrasi

b) Mengarang dan menyampaikan puisi kebangsaan untuk menaikkn semangat masyarakat Mesir.

  •  Ketika umurnya menjelang 14 tahun, beliau telah mendaftar diri ke Sekolah Latihan Perguruan di Damanhur
  •  Pada umur 16 tahun beliau selesai menjalani latihan dan telah memasuki Dar al-‘Ulum (Universiti Kaherah).dan mendapat ijazah pada 1927 sewaktu umurnya 21 tahun.
  • Seterrusnya beliau bekerja sebagai seorang guru sekolah di Bandar Isma’iliyyah.[3]

Begitulah Kisah hidup beliau semenjak beliau muda lagi beliau telah berkhidmat kepada masyarakat, berbanding dengan kita ynag masih bermain-main lagi pada waktu itu. Sumbangannya amat banyak sekali, yang disebutkan di sini hanyalah segelitir sahaja. Oleh itu marilah kita bermuhasabah dan memikirkan kembali, apakah sumbangan kita terhadap Islam.

images hb

[1] Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib. 2001. Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta’lim. Hlm 338-339

[2] Sa’ati merupakan gelaran ayahnya yang bekerja sebagai pembaiki jam

[3] Richard P. Mitchell (1993). The Society of The Muslim Brothers. New York: Oxford University Press. H. 1-6.




jhuemloyall

Hidup ialah mengupas degup dari lelah ke lelah.sebab letih hanya secuil lirih dari gema kesyukuran yang membahagiakan...

It's Hubert Herry

"sebuah catatan dari hati dan pikiran"

jujubandung

blog bebas

Zeeta

Art is my life after Qur'an

Kumpulan Gambar Karikatur

Karikatur Lucu | Karikatur Unik | Karikatur Politik | Karikatur Ultah dll

fitriyaakob

Respect other, then the respect will reflect to us.

penaiprencana

From Newspaper to Blog

ruslifile's

4 out of 5 dentists recommend this WordPress.com site

festivalfan37

A fine WordPress.com site

The Average Brother

Let's spread some light about Islam

DAWA 4 ALLAH

Hajj, Zakah, Tasawwuf, Seerah ,Salaah ,Qur’an ,Ahlul Bayt Akherah Akhlaq Character Children Christianity Hanafi, Maliki, Shafi, Hanbali, ISLAMIC Marriage , Rights of Parents and Duties of children, Ibles ,Shaitan, Adam, Hawa, eve, Islamic Manners, Hijab, Duas, HADITHS, Stories Story RAMADAN, Jihad Sunnah, Prophet 'Issa A.S. (Jesus),Fiqh, Iman , Ihsan ,deeds, Dawa, teaching and learning, Heart Ilm Imams knowledge EKHLAS, Five Obligatory Prayers Fajr, Dhuhr, Asr, Maghrib Isha, Six Kalimas , Sincerity ,Devotion Acts, Rights of children, 'iddah of divorce, (Du'a (supplication) Soul and the Body, Day of Resurrection, Death and Grief in Islam, Taqwa, paradise is under the feet of your mothers, Nikah, Poems, Quotes, Angel of Death, Punishment of the Grave, signs of approaching death, Taraweeh-Ramadan, Prophethood, Aqeedah, Muslim men women Ummah Munkar and Nakeer, Aalam -e-Barzakh, Muslim Marriage Rules, Iftaar Parties ,Culture, Day of Judgment, Different schools of Muslim law, Allah created men, women, Islamic legal requirements, martyrdom Mecca, Rak’ats of Night Prayer, Islamic law, Correct Intention, Halal food, books, children how to Make Wudu Parents of Muslim Children, Holy Qur’an Miracle, Arab people, Education, learning inspirational, Fasting, Allah Subhanahu WA Ta’aala (GOD), Ongoing Charity (Sadqah Jariya) (Prophet Muhammad Sallallaahu alayhi wasallam), Madinah, Maryam (Mary) mother of Issa (Jesus Alayhi salaam) Childhood Life Parenting

Islaam - Understood by the Salaf-as-saalih

Going Back to the basics of deen al Islam - منهج السلف الصالح

Daily Quran and Hadith

Islam | Quran | Hadith | Urdu Translation

big smile no teeth

Two roads diverged in a wood, I took the one less traveled by, and that has made all the difference

MuhdLawal

Nigeria, Human Rights, Politics and Religion